|
Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah dan rahmatnya, Portal Sek. Men. Agama Nurul Islam telah dapat dibangunkan. Melalui jaringan yang ada ini, saya berharap dapat memberi serba sedikit maklumat mengenai Sek. Men. Agama Nurul Islam (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan).
Justeru itu, melalui peningkatan teknologi ini saya berharap dapat mempertingkatkan kecemerlangan dikalangan guru-guru serta pelajar untuk merealisasikan misi pendidikan dunia dan akhirat. Bagi menjamin kesinambungan agenda pendidikan sekolah ini,sumbangan berupa idea,moral dan material daripada ibu bapa atau waris adalah amat penting.
Harapan saya agar Portal Sek. Men. Agama NURUL ISLAM ini terus bergerak selaras dengan minda para guru dan pelajarnya. Saya juga berharap agar Sek. Men. Agama Nurul Islam akan lebih dikenali terutamanya bagi rakyat Negeri Kedah sendiri khususnya bagi mereka yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan bahasa arab. Selain itu, semua warga Sek.Men. Agama Nurul Islam perlu menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan beriltizam, menggunakan seluruh potensi bagi mencapai kecemerlangan pendidikan. Kita perlu keluar daripada "mindset" lama dan melihat perspektif baru dengan objektif dan pengharapan baru yang sesuai dengan cita-cita mencapai kecemerlangan pendidikan.
Sehubungan itu, marilah kita sama-sama berganding bahu memikul amanah ini untuk menjamin masa depan dan sahsiah anak-anak kita agar lebih cemerlang, Insya Allah. Berilah kekuatan serta sokongan yang padu atas setiap perlaksanaan dan amanah yang akan dipikul oleh jawatankuasa yang akan dipilih dan dibentuk kelak kerana inilah sumber ke arah kegemilangan yang kita kehendaki.
Kesempatan ini juga saya ingin merayu kepada para pelajar Sek. Men. Agama Nurul Islam agar terus maju dalam bidang akademik dan ko-kurikulm selaras dengan hasrat kerajaan kita yang ingin melahirkan insan yang bermoral dan bercita-cita tinggi.
Akhir kata, saya berdoa ke hadrat Ilahi agar seluruh warga Sek. Men. Agama Nurul Islam akan terus berusaha bagi memberikan sumbangan kepada sekolah supaya terus maju dan membangun selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya juga memohon maaf kepada semua, sekiranya ada kata yang menyesakkan dada, ada hajat yang tidak kesampaian, dan ada budi yang tidak sempat dibalas, kerana sebagai insan yang lemah saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Pengetua Sek. Men. Agama Nurul Islam 06150 Ayer Hitam Kedah Aplikasi Online |